Monday 28 November 2011

Kembara Cinta

Assalamualaikum...w.b.t

Hari ini semua orang tengah bercuti kan cos semalam kita Menyambuat Ma'al Hijrah yang ke 1433 hijrah...

Ok lah hari ini Bidadari nak kongsikan sebuah buku Novel yang telah Bidadari baca baru-baru nie....hehhehe

Buku tu bertajuk "Kembara Cinta" 
Hasil karya penulis nya "Dia Azura"
 Yang diterbitkan oleh "Buku Prima"

Cerita ini mengesahkan cerita tentang perkahwinan yang ditentang oleh keluarga,
sampai pasangan itu terpaksa berkahwin di sempadan Siam..dan akhirnya menghadapi masalah juak mengenai taraf anak yang tidak dapat didaftarkan kerana tidak mendaftarkan perkahwinan mereka sekembali ke Malaysia.

Cerita nya juga menceritakan kegigihan seorang anak merangkap ibu tunggal yang menjaga dan mendidik anak nya sendiri. Setelah dibuang oleh keluarga kerana berkahwin tanpa restu ibubapa.

Ceritanya amat menarik bagi Bidadari bila konflik yang terjadi terungkai jua akhirnya bila cerita sebenar yang menyebabkan perkahwinan itu tidak direstui...

Jadi bagi rakan-rakan yang minat membaca novel seperti nie...jom apa tunggu lagi dapatkan buku nie untuk mengetahui apa kah konflik yang terjadi? adakah kebahagiaan menjadi milik wanita itu? Kenapa perkahwinan nya tidak direstui? Bagaimana taraf anak yang tidak didaftar perkahwinan ibubapa nya? 

Semua persoalan ini akan terjawap dalam "KEMBARA CINTA"


No comments:

Post a Comment

Peminat Bidadari Comel