Saturday 25 February 2012

Biografi Agung Rasulullah S.A.W


Assalamualaikum w.b.t...

Bidadari baru je beli buku ini secara online td.

Buku ini mengenai Biografi Agung Rasulullah S.A.W

Penulis Buku ini ialah En. Rusydi Ramli Al -Jauhari
Buku ini pula diterbitkan oleh MustRead.com.my

Jadi kalau kawan2 nak beli buku nie boleh lah ke laman web


Gambar dari Mustread.com

Serba sedikit tentang isi kandungan buku ini

BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah. Sebagai umat Islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah yang dimuatkan dalam buku ini.

Buku ini juga memaparkan Perjalanan hidup Rasulullah bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.


Buku ini amat sesuai untuk semua umat islam....dengan ada nya buku ini kita boleh mengenal dengan lebih dekat lagi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W
Jadi jangan ketinggalan untuk mendapatkan buku yang amat bermakna nie...
Bidadari tak sabar nak baca buku nie...tak sabar nak tunggu buku nie sampai...

ok lah sampai disini sahaja perkongsian Bidadari buat kawan2 semua...

ok Wassalam....












Nota Kaki:
Biografi Agung Rasulullah S.A.W, Nabi Muhammad S.A.W, Buku Biografi Agung Rasulullah, Buku dari Mustread.com.my, Laman web Mustread, Buku Addin, Mustread Addin

No comments:

Post a Comment

Peminat Bidadari Comel